| Welcome |
|
|
Welcome to Forum anakKEDAH.org.
You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today! |
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
uncle Pioneer

Joined: 02 Feb 2008 Posts: 48 Location: Japan
|
Posted: Wed May 28, 2008 2:22 pm Post subject: Makanan Halal |
|
|
Di Malaysia...bila kita ke restoran yg penjualnya Melayu sudah tentu kita yakin yg makanan yg dijual adalah Halal...
Di Malaysia...bila kita ke pasar basah beli ayam 'fresh' yg penjualnya Melayu kita yakin yg ayam yg dijual adalah Halal...
Di Malaysia...kita sentiasa prasangka baik...
Tapi bila kita berada di luarnegara...kita sentiasa waspada terhadap makanan yg kita makan...kita akan lihat serba serbi...org yg menjual, brg yg dijual, kandungan makanan...tapi kita tak kisah kalau kita berada di Malaysia...
KENAPA???
|
|
| Back to top |
|
 |
drjoe_ngang Site Admin


Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
|
Posted: Thu May 29, 2008 3:12 am Post subject: |
|
|
drjoe nak tolong jawab blh kot uncle???
Mungkin sbbnya kat Malaysia ni kita dok sangka yg Melayu itu adalah Islam. Tetapi hakikatnya pada saat ni bukan semua Melayu adalah Islam.
Bila dilihat pada warna kulit sawo matang, mungkin disangkakan Melayu. Tetapi hakikatnya pada saat ni ada yg sama warna kulit tetapi adalah berlainan bangsa & agama. Mungkin juga ada yg datang dari tanah seberang.
Adakala bila dilihat ada tulisan "ALLAH", "MUHAMMAD", "Bismillahirrahmanirrahim"... kita terasa 100% pasti bahawa penjual tersebut adalah Muslim dan menjual makanan/minuman yg pastinya halal. Tetapi hakikatnya pada saat ni ada juga yg bukan Muslim sudah berani mempamerkan tulisan² khat utk menarik perhatian pembeli.
Logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM??? Sudah ada logo tiruan untuk mengaburi mata para pelanggan. _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
|
|
| Back to top |
|
 |
uncle Pioneer

Joined: 02 Feb 2008 Posts: 48 Location: Japan
|
Posted: Thu May 29, 2008 8:36 am Post subject: |
|
|
antara langkah yg boleh kita ambik...
beli makanan segar yang ada logo halal
balik...kita masak kat rumah
kalau nak pi jenjalan kita bawa bekai(bento)
elakkan dari singgah makan kat restoren (terutamanya bukan Islam)
kalau terpaksa singgah cari yg Islam dan ada gred A dari PBT atau Kem Kesihatan
agaknya...
|
|
| Back to top |
|
 |
THANON Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008 Posts: 96 Location: Universiti Utara Malaysia
|
Posted: Fri May 30, 2008 5:47 pm Post subject: |
|
|
Menyentuh mengenai sektor halal malaysia, kami ada buat tugasan tentang produk halal di Malaysia... Ada satu perkara yang mengejutkan iaitu:
" Didapati bahawa majoriti permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal adalah melibatkan pengusaha bukan Islam..."
Kalau dilihat mungkin sangat susah untuk membezakan yang manakah makanan halal atau tidak... Kalau nak makan di kedai Islam pun susah sekarang kerana walau kedai itu menjual makan halal tetapi sumber bahan mentah adakah dari sumber yang halal....
Masalah ini juga harus difikirkan
|
|
| Back to top |
|
 |
drjoe_ngang Site Admin


Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
|
Posted: Sun Jun 01, 2008 4:37 am Post subject: |
|
|
Memang betul tu, blh dikatakan kebanyakan produk yang mendapat pengesahan logo halal JAKIM adalah produk bukan buatan orang Islam. Ini terjadi mungkin kerana beberapa faktor, antaranya:
1) proses mendapatkan pengesahan logo halal mungkin agak merumitkan buat pengusaha produk Muslim, di mana ianya melibatkan kos, masa serta tenaga kerja untuk mendapatkannya.
2) sikap pengusaha sendiri yang terlalu yakin bahawa produknya akan mudah laris hanya kerana dia adalah Muslim, maka, diandaikannya bahawa logo halal itu adalah tidak perlu untuk produknya.
3) bagi pengusaha yang mendapatkan logo halal, mereka tentunya sedar bahawa pasaran produk halal ini adalah amat luas dan merangkumi pasaran seluruh dunia. Ini bermakna syarikat mampu memperoleh pulangan tinggi kerana produk berstatus halal sentiasa mendapat tempat di hati para pengguna yang pentingkan produk yang halal, suci, bersih, berkualiti. _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
|
|
| Back to top |
|
 |
THANON Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008 Posts: 96 Location: Universiti Utara Malaysia
|
Posted: Tue Jun 03, 2008 9:31 pm Post subject: |
|
|
Maaf jika apa yang sampaikan menyentuh sesiapa... Je...
Masalah ini tidak boleh disalahkan kepada pngusaha yang bukan islam sahaja. Kalau dilihat beberapa ramai pengusaha Islam yang benar-benar serius untuk melibatkan diri dalam industri ini....
Maaflah sebenarnya saya kurang setuju jika dikatakan mempunyai masalah kekurangan modal dijadikan alasan... Memang tidak dapat dinafikan modAL sangat penting tetapi bukankah industri Halal meliputi satu ruang lingkup yang luas.
okey contohnya:
Dalam industri makanan halal, bukan perkara penting adalah mendapatkan sumber bahan mentah daripada sumber yang halal seperti bebas dari unsur riba dan unsur yang mengharamkan sesuatu yang halal yang lain... Sekiranya sumber utama sudah tidak halal macam mana dengan seterusnya....
Apapun kalau sijil halal dan menjual makannan halal tetapi sumber yang sebenarnya tidak halal macam mana sekarang....???
Masalah ini yang menjadi menghalang industri ini... Pegguna mungkin akan was-was tentang status yang sebenarnya makanan itu....
P/S: Ini sekadar pendapat...
|
|
| Back to top |
|
 |
THANON Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008 Posts: 96 Location: Universiti Utara Malaysia
|
Posted: Wed Jun 04, 2008 10:27 pm Post subject: |
|
|
Bila dilihat pada warna kulit sawo matang, mungkin disangkakan Melayu. Tetapi hakikatnya pada saat ni ada yg sama warna kulit tetapi adalah berlainan bangsa & agama. Mungkin juga ada yg datang dari tanah seberang.
sebenarnya saya pun pernah dianggap sebagai Melayu di kalangan kawan di sini.. Kawan pernah bagi tahu mungkin salah satu sebab adalah bentuk muka dan cara percakapan bahasa melayu saya... Sebenarnya saya boleh berkomunikasi dalam bahasa siam dan bahasa melayu dengan petah...
P/S: Kalau dilihat di faktor warna kulit, memang sangat susah untuk membezakan antara melayu dan bukan melayu...
|
|
| Back to top |
|
 |
ahmadsaman Rakan baru
Joined: 22 Jun 2008 Posts: 22 Location: Sepang
|
Posted: Sat Jun 28, 2008 11:27 pm Post subject: |
|
|
Makanan halal bukan takat isu lagi la ni di negara kita tapi dah jadi dilema. Dilema ni maknanya lebih korang macam kata pepatah " ditelan mati mak, diluah mati bapak , dikulum jenuh la menanggung..
Masalah problem bukan pasai orang bukan Islam, tapi kebanyakan kes pasai kita orang Islam sendiri. Kita kurang jaga bab halal haram ni. Ada tiga sebab pasai kita kurang jaga - satu kurang ilmu ,dua ambik mudah ( tak pa la ) dan tiga selfish ( yakni tidak kasihkan umat tapi lebih mementing diri).
Ada tiga kisah sahih lagi benar yang saya alami dan buat saya menitik ayag mata.
1. Satu waktu dulu, saya terbitkan sebuah video dokumentari mengenai ternakan untuk sebuah agensi Melayu. Salah satu scene ialah shooting di rumah sembelih ayam yang dikendalikan oleh orang Melayu dan disembelih oleh orang Melayu (Islam). Apa yang berlaku ayam-ayam tu disemeblih dengan dgantung menggunakan conveyor dalam jarak lebih kurang 1 kaki setiap ekor. Tukang sembelih tunggu disatu tempat, hunus pisau dan apabila ayam-ayam tadi sampai, dia cuma pegang kepala bagi pisau kena leher sedang conveyor bergerak. Tidak jauh ( dalam 5 kaki kut) ialah kolah air panas dimana conveyor tadi melaluinya dan ayam-ayam yang disembelih dicelur. Sesetengah masih hidup lagi.
2. Satu hari, saya duk minum disebuah gerai di SS 2 , PJ pukoi 10 pagi kerana menunggu satu urusan kerja. Geraigerai tang tu semuanya orang Melayu dan mamak Islam termasuk la pak haji dan mak aji. Sedang syok pekena teh tarik, tibatiba mai sebuah kereta Ford Laser 1.6 Hatchback model tahun 1991 meleret kerena isi belakang dia sarat sangat. Keluar seorang toke Cina pakai seluag katok dan baju panaih sangkut. Buka but kereta kemudian rekau keluar dua beg ayam dan pi hantag kat gerai-gerai tadi temsuk pak haji dan mak aji.
3. Ada sebuah gerai makan di food court di IPTS terkemuka di Lembah Kelang. Saya selalu pi minum di situ pasai gerai sebelah tu kawan saya, orang Gunung Keriang dok meniaga bihun sup kuning ( di LK bihup sup rona putih). Tokeh dia bukan Melayu tapi operator dia semua budak Melayu pakai tudung. Toke mai supply barang. operator ni duduk jaga cuanter. Dan student Melyu ni pulak, bukan takdak kedai Melayu ( lain la Uncle kat Jepun nu) tapi depa dok pi tebiang gerai tu juga .
Quote balik kata-kata seorang rakan saya seorang India yang memeluk Islam dan berhenti dari jadi Pilot kerana berdakwah sepenuh masa :-
" kalau kami tengok kepada kebanyakan orang Melayu atau Muslim, kami tidak berminat tetapi yang memikat kami ialah Agama Islam.
Moralnya, muslim dan kalau kat Malaysia orang Melayu sendiri melondeh syiar agama sehinggakan nilai-nilai murni agama terbalik menjadi negatif kepada pandangan bukan Muslim.
Wallahua'lam.
|
|
| Back to top |
|
 |
jebbat Rakan baru

Joined: 20 Jun 2008 Posts: 9
|
Posted: Thu Aug 21, 2008 11:48 am Post subject: |
|
|
Salam semua...
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada semua kerna berinteraksi dengan berhemah
dan bersopan walaupun ada pro dan kontra...
Alhamdulillah... syabas kepada semua...
Harus di ingat... " BERBEZA PENDAPAT ADALAH PERKARA BIASA "...
Tahniah... Banyak pendapat di sini...
-----------------------------------------
Saya nak beri pendapat saya yang tak seberapa niee...
Memang Islam di Malaysia bukan pemegang kuasa ekonomi... TETAPI kita adalah KUASA PEMBELI...
Islam adalah kuasa pembeli di Malaysia...
Banyak yang tak sedar akan ini... KUASA MEMBELI DI TANGAN ORANG ISLAM...
Bila kita cakap pasal produk halal... ia akan tergolong dalam semua peringkat dan manusia termasuk yang bukan Islam...
Tetapi pernahkan kita sendiri memberi keutamaan kepada produk saudara kita...???
Tidak salah membeli rpoduk dari "yang lain" tetapi saya menyeru di sini supaya kita mengutamakan
produk saudara kita... Insyaallah... dalam masa kurang dari 20 tahun kita akan tengok hasilnya...
Insyaallah...
Saya di sini bukan cakap kosong... saya bercakap dari pengalaman...
Kebanyakan produk Islam sukar untuk memasuki pasaran kerna banyak biokrasi yang di kenakan
oleh pihak tertentu... Bukan semua produk... tapi kebanyakan produk saudara kita...
Cthnya produk kampung dan IKS sendiri... hanya mampu letak di kedai runcit pinggir kampung...
Ikan kering, cendawan, sos, kicap, kerepek pisang dll...
Tidak mampu untuk meletakkan produk mereka di pasaraya besar...
Kenapa ini berlaku...???
Jadi kita fikir-fikirkanlah...
Kepada peniaga... buatlah produk anda dengan keikhlasan dan kesungguhan di samping berdoa
kepada Allah... janganlah hanya ingat nak keuntungan sehingga produk yang dulunya sedap sekarang
dah tak sedap... kekalkan kualiti kesedapan produk anda pada tahap yang munasabah...
Insyaallah... pasti berjaya... Insyaallah
(betulkan saya jika saya salah)
|
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
 Community Chest
|