Forum anakKEDAH.org Forum Index  
 Home  •  FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Calendar   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
Welcome
Welcome to Forum anakKEDAH.org.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!

kecewa

Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Kaunseling & Motivasi
View previous topic :: View next topic  
Author Message
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 1:20 am    Post subject: kecewa Reply with quote

Setiap Insan mempunyai masalah dalam hidupnya. seseorang yang selalu mengalah akan menjadikan masalah itu bertambah buruk.. Semua masalah diberi oleh tuhan untuk menguji umatnya tentang iman mereka kepadanya.

Semua manusia mempunyai masalah adalah untuk tujuan tertentu. Sesetengah orang diberi masalah untuk memberi panduan kepada orang lain mengharungi cabaran kehidupan.

Last edited by THANON on Fri May 09, 2008 6:33 pm; edited 3 times in total
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin

Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Tue Mar 18, 2008 1:58 am    Post subject: Reply with quote

"THANON" ...

Setiap insan adalah ISTIMEWA ...
Setiap insan adalah LAIN DARI YANG LAIN ...
Setiap insan punya KELEBIHAN & KEKUATAN ...
Begitu jugak la dgn diri kamu
!

Jika terlalu membandingkan diri dgn org lain, maka, apa yg kita nampak hanyalah kekurangan pada diri sendiri.
Jika terlalu berfikir akan kekurangan diri, maka, akan kelihatan seolah2 diri sendiri terlalu lemah & serba kekurangan.
Apabila terlalu fokus pada aspek sebegini, maka, segala hal lain dlm hidup juga akan nampak susah dan sukar.

Mengapa ini berlaku?

Jawapannya mudah saja... jika hati & fikiran tertumpu pada aspek negatif, maka, secara tak langsung juga ia akan menarik segala hal negatif ke arah diri kita. Tiap cabaran & dugaan yg berlaku dlm hidup kita akan kelihatan seolah2 masalah yg amat besar menimpa diri kita. Apabila satu masalah belum selesai, kemudiannya akan muncul pula masalah yg baru.

"THANON" ... hakikatnya ialah setiap manusia punya KEKUATAN DALAM DIRI utk menghadapi tiap cabaran & dugaan. Krn itulah Allah menguji kita dgn dugaan & cabaran sedemikian. Kita takkan diuji dgn sesuatu yg tak mampu kita hadapi. Andai kata dugaan & cabaran dtg dlm hidup, maka, hadapilah dgn sepenuh hati krn ianya pasti akan dpt diatasi.

Tumpukan pada KEKUATAN DIRI utk menghadapinya satu persatu. Insyaallah, diri kamu akan menjadi semakin kuat setelah berjaya menghadapinya.

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
sLaYeR
anakKEDAH yang rajin

Joined: 30 Apr 2008
Posts: 178
Location: Dalam OPIS

PostPosted: Tue May 13, 2008 4:21 pm    Post subject: Reply with quote

thanon...
kalau hidup ini tanpa masalah, bukan kehidupan namanya....
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Tue May 13, 2008 4:55 pm    Post subject: Reply with quote

Yap betul tu. Tapi semua itu bergantung kepada kemahiran seseorang itu untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh mereka.
Back to top
sLaYeR
anakKEDAH yang rajin

Joined: 30 Apr 2008
Posts: 178
Location: Dalam OPIS

PostPosted: Tue May 13, 2008 5:03 pm    Post subject: Reply with quote

betul tu....kalau alah cara depa atasi masalah tu, lambat la masalah tu nk setel.....
Back to top
Pu3AdiWaRnA
anakKEDAH yang rajin

Joined: 21 Apr 2008
Posts: 172
Location: Kulim > KL > Shah Alam > Penang

PostPosted: Tue May 13, 2008 5:29 pm    Post subject: Reply with quote

mslh nie pun ada ada gak yg ambik ms lama
n ada yg ambik masa kejap jek
n ada mcm2 jenis mslh

_________________
TINTA DICORET KIAS DIMADAH
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Tue May 13, 2008 10:12 pm    Post subject: Reply with quote

Pernah dengar tak... Apabila kita bersatu dengan tubuh dan minda kita, semua perkara akan menjadi biasa yang tiada apa yang mampu tewaskan kita.

OLeh itu percayalah pada diri kita berbanding dengan orang lain kerana cuma kita yang kenal siapa kita yang sebenarnya.
Back to top
sLaYeR
anakKEDAH yang rajin

Joined: 30 Apr 2008
Posts: 178
Location: Dalam OPIS

PostPosted: Wed May 14, 2008 2:25 am    Post subject: Reply with quote

mmm nie baru dengaq ayat tu...seperti kata saudara tu benar juga...kita yg mampu selesaikan masalah kita....dan diri kita yg tahu bagaimana caranya...
Back to top
Pu3AdiWaRnA
anakKEDAH yang rajin

Joined: 21 Apr 2008
Posts: 172
Location: Kulim > KL > Shah Alam > Penang

PostPosted: Wed May 14, 2008 8:41 am    Post subject: Reply with quote

uishhhh 1st time dengar ayat thanon nie...
huhuhu

_________________
TINTA DICORET KIAS DIMADAH
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Wed May 14, 2008 12:21 pm    Post subject: Reply with quote

First time... Dah banyak kali dengar la.... Eh kalau betul dari mana muncul ayat ni....
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin

Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Wed May 14, 2008 11:58 pm    Post subject: Reply with quote

THANON ... baguih la kalau dah ada perubahan positif pada diri. Nampak gayanya dah temui jawapan pada masalah lalu ya? Syabas drjoe ucapkan sbb berjaya temui kepositifan (betoi ka perkataan ni??) dlm tiap masalah yg dihadapi.

Semua org pasti ada masalah dlm hidup. Kalau tak dpt selesaikan sendiri, kena la luahkan apa yg terpendam tu kat sesiapa shj yg kita percayai. Bila dah diluahkan pasti akan rasa lega sbb ada yg sudi mendengar. Mungkin sekurang2nya dpt jugak temui jawapan pada masalah tersebut.

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Tue Jun 03, 2008 10:03 pm    Post subject: Reply with quote

drjoe_ngang wrote:
THANON ... baguih la kalau dah ada perubahan positif pada diri. Nampak gayanya dah temui jawapan pada masalah lalu ya? Syabas drjoe ucapkan sbb berjaya temui kepositifan (betoi ka perkataan ni??) dlm tiap masalah yg dihadapi.

Semua org pasti ada masalah dlm hidup. Kalau tak dpt selesaikan sendiri, kena la luahkan apa yg terpendam tu kat sesiapa shj yg kita percayai. Bila dah diluahkan pasti akan rasa lega sbb ada yg sudi mendengar. Mungkin sekurang2nya dpt jugak temui jawapan pada masalah tersebut.

Ya betul.... sesekali masalah itu sudah berada di luar batasan kita atau push over the limit.... Kalau siapa yang mengalah pasti akan kecundang... Sebenarnya kita mampu mengawal semua masalah kita tetapi berapa ramai yang mampu mengawalnya....

Sebenarnya saya ada cara tetapi mungkin tidak semua mampu melakukannya.... Saya pun belajar sedikit aje teknik ini... Inilah teknik saya gunakan:

- Mengawal minda kita
- Menjadi diri kita yang sebenarnya.
- Push self over the limit of mind...

Mungkin cara pertama dan ketiga kelihatan mengarut..... Sebenarnya sangat penting untuk mengawal minda kita daripada berada di luar jasad kita... Ini dapat membantu kita untuk memberi perhatian kepada sesuatu perkara kerana minda kita berada dalam kita bukan di mana-mana...

Sebenarnya kita boleh berada di tahap over limit... Kita boleh melakukan sesuatu perkara yang memang mustahil dilakukan oleh manusia biasa yang lain... contohnya: Kita mungkin dapat mengawal kesihatan kita dengan kekuatan minda kita tapi tidak bermakna ubat tidak berguna bila kita sakit...
Back to top
ahmadsaman
Rakan baru

Joined: 22 Jun 2008
Posts: 22
Location: Sepang

PostPosted: Mon Jun 30, 2008 11:44 am    Post subject: Reply with quote

Ada orang berpendapat, untuk mencapai kejayaan dalam konteks dayausaha dan ikhtiar, maka setiap orang perlu kepada tekanan. Tekanan ini perlu untuk membebaskan tenaga tersimpan yang biasanyanya tidak digunakan dalam keadaan biasa. Ia seolah-oleh kuasa turbo yang dijana oleh sebahagian enjin kenderaaan.
Dalam satu kursus motivasi, seorang facilitator telah memebawa cerita ini dan menarik untuk dikongsi bersama.

Ada seorang kaya membuat satu tawaran kepada pelanggan hotel mewahnya pada suatu hari. Ia menawarkan salah dari tiga hadiah kepada sesiapa yang berjaya berenang merentasi kolam mandi hotel tersebut. Hadiah nya ialah samada
1. Duit cash RM 1 juta.
2. Dusun Duriannya yang sedng menghasil buah seluas 100 hektar.
3. Menghwini anak gadisnya yang come lote.

Mendengar tawaran hadiah tersebut maka berebut-rebutlah peserta ingin mengambil bahagian. Masing-masing tidak sabar hendak terjun dan berenang melintasi kolam tersebut. Bagaimnapun pemilik hotel itu berkata >
" nanti dulu, sebelum itu aku ingin beri sedikit maklumat agar kamu tidak salah sangka kepada aku, bahawa di dalam kolam tersebut terdapat dua ekor buaya yang sudah seminggu aku tidak beri mereka makanan:

Mendengar penjelasan tersebut, masing-masing membatalkan niat dan mahu mengundurkan diri. Tidak seorang pun mahu mencuba. Dalam suasana demikian tiba-tiba, terjun seorang pemuda kedalam kolam tersebut. Maka dengan pantas menerkamlah buaya yang sedang menunggu mangsa itu. Adapun si pemuda tersebut, bila melihat buaya-buaya itu menerkamnya, maka dengan sekuat tenaga ia pun berenang kearah tebing seberang sana dan berjaya meloloskan diri dari dibaham.

Orang kaya itu memanggil anak muda tersebut dan mengucapkan tahniah dan bertanya mana satu hadiah yang dia mahu. Pada perkiraan anda hadiah mana satukah yang dipilih oleh pemuda tersebut dan kenapa ?
bersambung .....
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Tue Jul 08, 2008 8:47 pm    Post subject: Reply with quote

ahmadsaman wrote:

Kalau saya, saya akan pilih dusun... Itulah jawapan saya. Mungkin wang boleh menjadi pemuda itu kaya tetapi samapai bila akan bertahan. KEdua, perempuan adalah senjata yang terbaik untuk memusnahkan lelaki...... Ketiga, kalau ada dusun, boleh juga menjamin kehidupan bahagia kerana dusun boleh menjana pendapatan yang halal dan kosisten dan mungkin akan menjamin kehidupan yang harmoni....
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin

Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Tue Jul 08, 2008 11:56 pm    Post subject: Reply with quote

THANON... pilihan dah dibuat. Nampak gayanya sekarang ni kena terjun la ke dlm kolam yg ada buaya tu.
Shocked Amacam? Nak terjun ke?

Nanti blh buat aksi kuak lentang atau kuak kupu2 Laughing

Lepaih tu blh wakil Malaysia masuk sukan olimpik Very Happy
_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
ahmadsaman
Rakan baru

Joined: 22 Jun 2008
Posts: 22
Location: Sepang

PostPosted: Wed Jul 09, 2008 6:10 pm    Post subject: Reply with quote

Ok.
Pilihan Thanon tu betoi jugak. 100 hektar kebun durian. bayangkan sekali musim buah, belubuk tangan kutip durian. La ni sekilo 5 ringgit. Sebijik durian busuk-busuk 2 kilo. Spokok druian busuk busuk ada 200 bijik. satu hektar (2.5 ekar) busuk busuk ada 500 pokok. Setahun musim kutip durian dah lebih dari hadiah RM 1juta. Bijak.
Tapi kalu cash 1 juta, banyak benda boleh buat. fixed deposit kat bank rakyat pun cukup. setahun dapat 15 %. Tak gaduh buat apa. Ambik Porche Carrera 911 pi hayun kaki kat kedai kopi pekan Jitra. Marka mai cari nanti!
Manakala kalu pilih kawin dengan marka jutawan lagi hebat. bukan takat dapat jadi suami dara idaman semua jejaka, dapat juga jadi menantu jutawan kaya, bakal waris kebun durian 100 hektar, hotel mewah, bapa Carrera pun ada, saham syarikat dan segala fixed deposit kat bank rakyat termasuk dengan boya-boya dalam kolam sekali.
Amacam Thanon?

Ramai orang akan pilih kawin dengan anak dara tu barangkali kut. Maklumlah orang jantan.

Alkisah, satu pun dari yang diatas tidak dipilih oleh pemuda yang berjaya tadi. Maka terkejut beruk lah orang kaya itu. Apa punya manusia sudah teruk-teruk gadai nyawa, tolak hadiah mantah-mantah. Bukannya lekeh lekeh dan koman punya hadiah. Meleleh ayag liog sapa-sapa yang mendengarnya. Namun pemuda itu tidak.
Bertanya lah jutawan itu kepada pemuda tersebut
" habis apakah hadiah yang hang mau selain daripada yang diofer itu hai orang muda?"
" Bukan saya tak mau . Tapi sebelum ambik hadiah , saya nak tau dulu sapa dia tadi yang tolak saya masuk dalam kolam! Kerana kalau dia tak tolak tadi, mampuih saya terjun punya!

Maka terpinga-pinga lah sekalian hadirin.

Moralnya,
1. Kita perlu kepada satu bentuk tekanan untuk mencapai kejayaan yang mungkin dalam fikiran kita, kita tak mampu lakukan tetapi sebenarnya boleh.
2. Kadanag-kadang perbuatan tidak baik orang ( nak naya kat kita umpamanya) boleh bertukar menjadi satu titik tolak kejayaan luar jangkaan, jika kita tangani dengan positif.
3. Kejayaan ghalibnya menjadi milik orang-orang berani.
4. Sentiasa merendah rendah, iaitu tetap mengakui sumbangan dan bantuan orang lain dan kuasa Allah diatas setiap kejayaan kita.

Sekian adanya.
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin

Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Fri Jul 11, 2008 12:15 pm    Post subject: Reply with quote

ahmadsaman wrote:
2. Kadanag-kadang perbuatan tidak baik orang ( nak naya kat kita umpamanya) boleh bertukar menjadi satu titik tolak kejayaan luar jangkaan, jika kita tangani dengan positif.

Tapi, jgn pulak ada yg ambik kesempatan nu sengaja pi buat naya kat kwn2 kononnya nak bantu depa supaya lebih berjaya.
Satgi, ada pulak yg saja2 pi tumbuk member baik ka, atau sengaja pi langgar mat rempit kat Laughing
Ingat nu... kalau kita buat naya kat org, nanti kita jugak akan dibalas benda yg sama oleh org lain.
_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
THANON
Rakan baru

Joined: 09 Feb 2008
Posts: 96
Location: Universiti Utara Malaysia

PostPosted: Fri Jul 11, 2008 2:19 pm    Post subject: Reply with quote

[quote="ahmadsaman"]Ok.
Pilihan Thanon tu betoi jugak. 100 hektar kebun durian. bayangkan sekali musim buah, belubuk tangan kutip durian. La ni sekilo 5 ringgit. Sebijik durian busuk-busuk 2 kilo. Spokok druian busuk busuk ada 200 bijik. satu hektar (2.5 ekar) busuk busuk ada 500 pokok. Setahun musim kutip durian dah lebih dari hadiah RM 1juta. Bijak.
Tapi kalu cash 1 juta, banyak benda boleh buat. fixed deposit kat bank rakyat pun cukup. setahun dapat 15 %. Tak gaduh buat apa. Ambik Porche Carrera 911 pi hayun kaki kat kedai kopi pekan Jitra. Marka mai cari nanti!
Manakala kalu pilih kawin dengan marka jutawan lagi hebat. bukan takat dapat jadi suami dara idaman semua jejaka, dapat juga jadi menantu jutawan kaya, bakal waris kebun durian 100 hektar, hotel mewah, bapa Carrera pun ada, saham syarikat dan segala fixed deposit kat bank rakyat termasuk dengan boya-boya dalam kolam sekali.
Amacam Thanon?

boleh saya kasi pendapat... Izinkan saya....

Sepanjang saya tahu hidup kita ni sebenarnya penuh dengan risiko.... Katakan kalau kebun tak mengeluarkan hasil yang memuaskan, kita boleh membuat perkara lain dengan tanah itu seperti membuat kebun sayur ke, Buat tapak perniagaan ke apa.... Kan tanah tu diberikan kepada kita maka tuan yang asal memang tak boleh buat kacau..... Kan itu lebih menjamin hidup kita daripada kita selalu panggil bergoyang kaki kat rumah...

Ok....

Satu perkara, Betul ke kita benar-benar nak kahwin dengan perempuan tu sebab harta..... Orang kata benda yang terbaik adalah start dari bawah supaya tahu senang susah hidup seorang manusia....

So, saya akan kekal dengan jawapan saya... Tak kisahlah kalau dia nak sama kita ke tak sebab pasangan hidup bukan sekadar masa senang tetapi masa susah juga...
Back to top
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Kaunseling & Motivasi All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1   

 Jump to:   
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Community Chest

Powered by phpBB
Hosted by FreeForums.org