| Welcome |
|
|
Welcome to Forum anakKEDAH.org.
You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today! |
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
drjoe_ngang Site Admin


Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
|
Posted: Wed Jul 30, 2008 3:08 pm Post subject: [Tazkirah] Israk dan Mikraj (27 Rejab) |
|
|
Israk dan Mikraj yg jatuh pd tanggal 27 Rejab setiap tahun Hijrah merupakan antara tarikh penting buat semua umat Islam di seluruh dunia. Setiap peristiwa yg berlaku pada hari Nabi Muhammad (Sollahualaihiwassalam) diIsrak & diMikrajkan adalah yang benar dan wajib diterima oleh semua umat Islam dgn penuh keimanan.
Antara perkara yg teramat penting yg berlaku ialah apabila Rasulallah (Sollahualaihiwassalam) menerima secara langsung drpd Allah SWT perlaksanaan ibadah solat 5 waktu yg menjadi salah satu rukun Islam.
Jika manusia cuba berfikir secara logik akal, sebagaimana Abu Jahal yg secara terang-terangan menyatakan bahawa Rasulallah (Sollahualaihiwassalam) adalah seorang pendusta apabila Baginda menyatakan bahawa Baginda telah diIsrak & diMikrajkan dlm tempoh satu mlm, maka, sememangnya peristiwa sedemikian nampak mustahil utk berlaku pada zaman tersebut.
Tetapi, harus kita ingat bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Dengan izinNYA, apa jua akan berlaku walaupun ada manusia yg beranggapan ianya adalah mustahil utk berlaku. Akal fikiran kita sbg manusia adalah amat terbatas. Begitu juga dgn kemampuan kita sbg hamba Allah. Apa yg telah berlaku ketika Rasulallah (Sollahualaihiwassalam) diIsrak & diMikrajkan adalah salah satu bukti kekuasaan Allah dan sbg umat Islam kita wajib menerimanya dgn penuh ketakwaan.
Semoga kita sama2 menghayati peristiwa Israk & Mikraj ini agar keimanan dan ketakwaan kita kpd Allah semakin bertambah. _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
|
|
| Back to top |
|
 |
drjoe_ngang Site Admin


Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
|
Posted: Wed Jul 30, 2008 3:53 pm Post subject: |
|
|
ARKIB : 29/07/2008
Jangan ukur Islam dengan logik
--------------------------------------------------------------------------------
Setiap kali bulan Rejab, umat Islam akan kembali mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, peristiwa luar biasa yang berlaku pada Nabi Muhammad SAW. Hakikat perjalanan tersebut tercatat dalam firman Allah: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Israk: 1)
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HARUN OSMAN menemu bual Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darul Fuqaha, Mohd. Khairuddin Aman Razali At-Takiri bagi memperincikan isu ini.
Mega: Apakah dimensi keimanan dan ketauhidan terhadap Allah yang terkandung dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu?
MOHD. KHAIRUDDIN: Israk itu adalah peristiwa perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda menggunakan kenderaan yang dinamakan Burrak dan ditemani malaikat Jibril a.s. Ia juga adalah sabit dengan al-Quran dan hadis.
Mikraj pula Nabi dibawa naik dari Masjid al-Aqsa ke langit pertama hingga ketujuh dan akhirnya bertemu Allah SWT. Di setiap lapis langit itu baginda bertemu dengan para anbia di mana akhirnya baginda bertemu dengan Nabi Musa.
Peristiwa ini masyhur dengan penerimaan perintah solat fardu yang bermula dengan 50 waktu tetapi akhirnya dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam.
Sebagai umat Islam, beriman kepada Israk ini adalah wajib dan berdosa jika tidak mempercayainya. Bagi peristiwa Mikraj pula, ia sabit dengan hadis tetapi ulama khilaf (tidak sepakat) sama ada ia sabit dengan al-Quran atau tidak. Oleh itu, jika tidak mempercayainya maka seseorang Muslim itu menjadi kufur.
Bagi mukmin, kita mesti percaya kerana peristiwa ini adalah ujian keimanan dan ketauhidan kepada Allah. Ia juga membuktikan mukjizat Nabi SAW.
Oleh itu, peristiwa luar biasa ini perlu dilihat secara luar biasa. Bab agama begini tidak boleh diukur dengan logik akal.
Pada waktu itu, perjalanan manusia biasa dari Mekah ke Baitul Maqdis memakan masa sebulan tetapi dalam kisah ini, perjalanannya hanya satu malam.
Dalam agama, sesuatu itu mungkin tidak logik pada zaman dahulu tetapi hari ini ia adalah perkara biasa. Seperti kita menaiki kapal terbang di mana pagi ini kita berada di Malaysia dan sebelah petangnya kita berada di Jeddah.
Allah berfirman: Dan katakanlah (wahai Muhammad) kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kamu. Maka sesiapa yang mahu beriman hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu kufur, biarlah ia mengingkarinya kerana kami telah menyediakan bagi orang yang zalim itu api negara...(al-Kahfi: 29)
Antara sebab Rasulullah diangkat bertemu Allah adalah selepas baginda dilanda beberapa kejadian yang mendukacitakan. Apakah falsafah atau hikmah yang dapat diambil daripadanya?
MOHD. KHAIRUDDIN: Para ulama khilaf tentang tarikh Israk tetapi boleh disimpulkan sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah dan selepas baginda ke Taif.
Jika begitu hakikatnya, maka ada hikmah di sebaliknya. Sebabnya ketika itu baginda kematian isteri yang banyak membantu kerja dakwah Islam iaitu Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Sebab itu, tahun tersebut dikatakan sebagai tahun dukacita.
Oleh demikian, baginda tidak ada pilihan dan terpaksa berdakwah ke Taif. Malangnya penduduk Taif enggan beriman kepada Allah dan menolak kerasulan baginda. Ini membawa kepada Rasulullah bermunajat kepada Allah memohon kekuatan sebelum kembali semula ke Mekah.
Pada masa yang sama, Allah mewahyukan kepada baginda bagaimana para rasul sebelum beliau seperti Nabi Adam, Isa, Yunus dan lain-lain turut menghadapi pelbagai ujian yang pahit dan getir dalam menyebarkan ajaran Allah. Namun, tempat mereka kini adalah di syurga Allah.
Cerita ini secara tidak langsung menjadi hiburan dan menggembirakan Rasulullah SAW.
Yang kedua, peristiwa ini membawa khabar menggembirakan tentang masa depan Islam yang cerah dan akan diterima oleh penduduk Madinah dan Mekah.
Pada masa yang sama, ia adalah landasan menjelaskan hakikat Islam yang memberi isyarat tentang adanya ilmu sains.
Salah satu natijah Israk dan Mikraj adalah gelaran al-siddiq kepada khalifah Abu Bakar. Namun, bagaimana kita mahu menangani umat Islam yang masih tidak mahu beriman dengan peristiwa tersebut yakni dengan meninggalkan solat?
MOHD. KHAIRUDDIN: Apabila membincangkan bab keimanan ada perkara dasar dalam Islam. Kalau kita percaya dengan peristiwa ini bermakna kita yakin dengan cerita Rasulullah SAW dan juga al-Quran.
Sebab itulah apabila ditanya oleh Abu Jahal sama ada percaya atau tidak dengan peristiwa itu, Saidina Abu Bakar berkata, jika itu yang dikatakan oleh Muhammad, aku percaya malah kalau lebih daripada itu pun aku percaya. Pendek kata, asas kefahaman Islam itu amat kukuh pada diri Abu Bakar.
Bagi umat Islam, jika sesuatu itu sabit dengan al-Quran dan sunah maka kita wajib terima tanpa banyak soal. Asas agama yang goyah akan membawa kepada orang mempertikaikan hukum Allah. Contoh, mengapa lelaki mendapat faraid yang lebih daripada wanita dan mengapa hanya lelaki dibenarkan berpoligami.
Saban tahun kita menyambut Israk dan Mikraj. Namun, masih ramai yang tidak mengambil pengajaran daripadanya. Ini termasuk perbuatan mengumpat dan fitnah yang terus berlaku. Mengapakah hal begini masih berterusan?
MOHD. KHAIRUDDIN: Barangkali ini disebabkan oleh kesilapan kita dalam menyampaikan maklumat.
Yang kita fokuskan adalah cerita yang dilihat semasa Israk sedangkan masih jadi perbahasan adakah Rasulullah melihatnya pada malam yang sama atau malam-malam yang lain. Sebabnya sabit yang paling kuat pun adalah hadis hasan tetapi yang banyak adalah hadis daif.
Perkara pokok dalam peristiwa ini adalah akidah. Selepas mantap bab akidah ini barulah kita boleh bincang bab syurga dan neraka.
Dalam masa yang sama, Allah menjadikan manusia ini ada yang baik dan ada yang jahat. Ia bertujuan memberi peluang kepada yang baik berjihad menyatakan kebenaran sehingga membetulkan kebatilan.
Sebab itu, apabila malaikat bertanya kepada Allah apakah Allah mahu melantik orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah sebagai khalifah di bumi ini, maka Allah menjawab, sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (rujuk al-Baqarah: 30)
Sepatutnya pendekatan kita harus lebih kepada mengetengahkan pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini dalam kehidupan. Contohnya bab orang makan riba, berzina, tidak tutup aurat, mengumpat dan memfitnah.
Perbuatan mengumpat dan memfitnah yang berleluasa kini menyebabkan golongan kufar berprasangka buruk terhadap umat Islam. Sebab itu amat penting untuk kita menjaga akhlak, lidah, mata dan tangan supaya kita jadi umat yang bertamadun. Yang menghalang menjadi umat bertamadun adalah perasaan dengki dan mengumpat.
Kalau kita dapat memfokus kepada bab-bab tersebut, insya-Allah banyak gejala sosial yang dapat ditangani.
Apakah pula peranan para ulama untuk memperkasakan ceramah atau kuliah-kuliah agama supaya ia bukan sekadar ‘siaran ulangan’?
MOHD. KHAIRUDDIN: Para penceramah perlu mengubah pendekatan kuliah daripada tradisional kepada yang baru. Contohnya dengan menggunakan multi media atau mengaitkan penemuan sains dengan Islam.
Yang banyak berlaku kini adalah kisah-kisah seperti Israk dan Mikraj hanya hangat dibincang dalam masjid dan surau tetapi bukan mendapat tempat dalam media massa terutama elektronik.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
|
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
 Community Chest
|