You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!
Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
Posted: Thu Jan 31, 2008 1:08 am Post subject: Pokok Sena diwartakan daerah ke-12 di Kedah
Pokok Sena diwartakan daerah ke-12 di Kedah [sumber: Harian Metro online, 30 Januari 2008]
ALOR STAR: Penduduk di Pokok Sena akan menikmati pelbagai bentuk pembangunan apabila daerah itu diwartakan sebagai daerah ke-12 di Kedah Julai ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ariffin Man, berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan besar untuk membangunkan enam kawasan dalam daerah itu.
Katanya, sebelum ini peruntukkan hampir RM5 juta sudah disalurkan bagi menaiktaraf jalan kampung, lampu jalan, sistem perparitan, dewan orang ramai, surau, masjid dan rumah ibadat.
“Pewartaan Pokok Sena sebagai daerah ke-12 itu akan disempurnakan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah Julai ini di pekan Pokok Sena,” katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan sempena Tahun Baru Cina kepada 60 warga emas terdiri masyarakat Tiong Hua di Pusat Sumber Kampung Baru, di sini hari ni. Note:
Walaupun secara rasminya Pokok Sena belum menjadi sebuah daerah, tetapi di Forum anakKEDAH.org ini anda boleh post info berkaitan daerah baru ini di ruang forum "Pokok Sena".
Harap maklum. _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Joined: 03 Feb 2008 Posts: 6 Location: Tmn Melawati KL
Posted: Sun Feb 03, 2008 11:50 am Post subject:
Baguih!!!!!!!!!!!!!!!!! Pin Man oiii,
Kami tau la hang sapa wahai YB kami. Anyway thanks sebab bagi Pokok Sena baru jadi daerah secara rasmi. Kesian kat kami ni yang dok kat ulu-ulu nu nak dapat kemudahan pun susah. Kesian kat orang kampung wooo tak dak sapa yb nak pi tgk.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum