You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!
Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
Posted: Tue Aug 12, 2008 9:13 pm Post subject: [Berita] Bukit Kayu Hitam dah takdak pengunjung?
Ishh... gawat... gawat betoi ni.
Para peniaga kat Bazar MDKP Bukit Kayu Hitam dok mengeluh bisnes depa makin merudum.
Org dah jarang2 sangat mai shopping kat situ.
Pasaipa? Mungkin sbb bila minyak dah naik masing2 pakat jaga duit poket.
Dok belanja yg perlu saja.
**************************************************************
Utara: Peniaga bazar MDKP kurang pengunjung Oleh Rahmat Othman
bhnews@bharian.com.my
BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 44 peniaga Bumiputera di bazar Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) di sini, [color=red]mungkin terpaksa gulung tikar berikutan kekurangan pengunjung sejak awal tahun ini.
Mereka mendakwa perniagaan bertambah teruk sejak kenaikan harga minyak pada awal Jun lalu menyebabkan pelancong yang datang menurun mendadak.
Tinjauan Berita Harian semalam mendapati, bazar itu yang kebanyakannya menjual pakaian, makanan dan perhiasan wanita serta suatu ketika dulu sibuk dengan pelanggan, terutama pelancong tempatan, kini sunyi sepi.
Berikutan kekurangan pelanggan itu, peniaga dilihat hanya duduk berbual sesama sendiri, membaca akhbar selain ada yang melelapkan mata di gerai mereka.
Peniaga, Ahmad Hasan, 56, berkata satu ketika 44 peniaga beroperasi di situ, dan jumlahnya kini tinggal kira-kira 20 saja.
"Selebihnya sudah tidak tahan dan gulung tikar, mencari sumber pendapatan lain dan ada sebahagiannya pula hanya berniaga di hujung minggu kerana pada hari biasa tiada langsung pelanggan.
"Jika keadaan berterusan begini, mungkin ramai lagi peniaga yang gulung tikar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ahmad yang juga bekas Pengerusi Persatuan Peniaga Bukit Kayu Hitam itu berkata, jika dulu nilai jualan boleh mencecah RM1,000 hingga RM5,000 sehari, kini untuk mencatat jualan RM200 sehari pun agak susah. [/color] _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
Posted: Mon Nov 10, 2008 7:59 am Post subject:
Amboi nak tukaq aksesori kereta pulak dah.
Dgr cerita kat sblh sana murah2 belaka.
Yg depa selalu dok buat... bawak masuk kereta pi sana, pasang kat sana, lepaih tu balik mai sini.
Kononnya blh nak lepaih dr kastam.
Tapi, ntah la betoi ka tdk blh lepaih.
Kalau kantoi... hehehe... alamatnya berbuih mulut nak menjawab kot _________________ drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum