Forum anakKEDAH.org Forum Index  
 Home  •  FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Calendar   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
Welcome
Welcome to Forum anakKEDAH.org.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!

Takdak ayaq pulak dah

 
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Pendang
View previous topic :: View next topic  
Author Message
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin


Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Mon Aug 18, 2008 1:29 pm    Post subject: Takdak ayaq pulak dah Reply with quote

Kampung Bukit Raya Utara, Selatan tiada air
Oleh Rahmat Othman
bhnews@bharian.com.my


PENDANG: Kira-kira 500 penduduk Kampung Bukit Raya Utara dan Kampung Bukit Raya Selatan dekat sini, mahu pihak berkuasa mengatasi masalah gangguan bekalan air di kampung itu yang sudah lama berlarutan.

Penduduk mendakwa bekalan air hanya diperoleh antara jam 12 tengah malam dan jam 4 pagi, bagaimanapun air yang keluar dari paip terlalu perlahan.

Difahamkan, masalah gangguan bekalan air itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Bekalan Air (JBA) Kedah dan wakil rakyat tetapi tiada tindakan setakat ini.

Seorang penduduk, Mohd Faizal Mokhtar, 34, berharap masalah dapat itu dapat diselesaikan segera.

"Sejak kecil hingga kini keadaannya tetap sama, setiap malam kami terpaksa bersengkang mata hingga subuh untuk menadah air.

"Tambah menyedihkan ialah air yang keluar dari paip terlalu perlahan dan tidak boleh menampung keperluan harian kami," katanya.

Mohd Faizal yang bertugas sebagai guru di sini mendakwa pernah berbincang mengenai masalah itu dengan petugas JBA ketika program bertemu pelanggan di sini kira-kira dua bulan lalu.

"Pegawai itu berjanji akan menghubungi saya bagi mendapatkan butir diperlukan tetapi hingga ke hari ini tiada siapa yang menghubungi saya," katanya.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Hashim Razak, 60, mendakwa masalah itu bukan baru dan ia sering dibincangkan pada mesyuarat tetapi tiada keputusan yang konkrit.

"Kita tidak faham apa sebenarnya yang berlaku, sedangkan kampung ini berhampiran dengan jalan utama yang mempunyai saluran paip utama," katanya.

Beliau berkata, masalah bekalan air itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk antaranya kurang tidur kerana terpaksa menadah air pada tengah malam hingga awal pagi.


Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20080818095225/Article

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Pendang All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1   

 
 Jump to:   
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Community Chest


Powered by phpBB
Hosted by FreeForums.org