You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!
Joined: 22 Jan 2008 Posts: 361 Location: Negeri Kedah DarulAman
Posted: Mon Aug 18, 2008 1:34 pm Post subject: SK Ladang Sungai Raya diberi nama baru
SK Ladang Sungai Raya diberi nama baru Oleh Hamzah Osman
LANGKAWI: Sekolah rendah tertua di daerah ini, Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya yang berusia 50 tahun kini ditukar kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda (SKSL).
Pelancaran nama baru itu disempurnakan Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman sempena Malam Amal Tautan Budi di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Lada, Datuk Dr Kamarulzaman Abdul Ghani; Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Aziz Ahmad; Guru Besar SKSL, Rabeah Yaacob dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSL, Mohd Nazeri Hashim.
Berucap pada majlis itu, Shahidan berkata, perubahan nama sekolah itu mempunyai makna tersendiri iaitu sebagai lambang atau gambaran perubahan yang dialami oleh pelajar dan masyarakat sekitar.
"Selain memberi nama baru, kita juga berusaha menukar imej sekolah ini yang sewajarnya bagi menggambarkan tahap kemajuan bidang kurikulum dan kokurikulum membabitkan pelajar dan guru.
"Sejarah sekolah ini bermula dalam kawasan ladang getah dengan nama asalnya Sekolah Umum Sungai Raya Estate pada 1958 sebelum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya pada 1961," katanya.
Sementara itu, Rabeah berkata, walaupun menghadapi pelbagai rintangan, penjenamaan semula sekolah yang disokong kuat PIBG dan masyarakat setempat diluluskan Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober tahun lalu
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum