Forum anakKEDAH.org Forum Index  
 Home  •  FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Calendar   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
Welcome
Welcome to Forum anakKEDAH.org.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!

Pilihanraya: PARLIMEN Permatang Pauh

 
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Politik
View previous topic :: View next topic  
Author Message
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin


Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Wed Aug 13, 2008 12:18 am    Post subject: Pilihanraya: PARLIMEN Permatang Pauh Reply with quote

Jom sembang kat sini pasai pilihanraya parlimen Permatang Pauh.

Berita2 hangat yg ditunggu ramai org. Sila update kat sini.

Siapakah calon yg akan bertanding menentang Anwar Ibrahim???

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org


Last edited by drjoe_ngang on Wed Aug 27, 2008 8:27 am; edited 2 times in total
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin


Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Wed Aug 13, 2008 12:25 am    Post subject: Permatang Pauh penentu masa depan, kestabilan Reply with quote

Permatang Pauh penentu masa depan, kestabilan

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my


Wanita BN akan kempen secara berhemah tinggi: Shahrizat

BUTTERWORTH: Wanita Barisan Nasional (BN) menyifatkan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini, kritikal kerana ia penentu masa depan rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata individu yang terdesak menguasai Parlimen, dilihat sebagai rakus dan sanggup menghancurkan kestabilan politik serta kemajuan negara.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita Umno, berkata Wanita BN akan menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanah air daripada ancaman yang dikhuatiri hadir bersama individu berkenaan.

"Kami Wanita Umno menganggap ia sebagai jihad untuk menentukan tidak ada mana-mana individu diberi peluang menghancurkan kestabilan dan kemajuan negara.

"Rakan wanita komponen BN berasa pilihan raya kecil itu amat mustahak dan kami berikrar bahawa negara ini tidak akan dihancurkan oleh seorang individu yang kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jentera Wanita BN sebagai persiapan untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh di Seberang Jaya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita BN negeri, Ng Siew Lye; Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Jahara Hamid dan Ketua Wanita MCA negeri, Ooi Siew Kim.

Shahrizat berkata, Wanita BN mendapati individu yang mahu merebut kerusi Parlimen itu sebagai takbur dalam usaha hendak menjadi Perdana Menteri kerana ia hanya menyulitkan pengundi di kawasan itu.

"Mengapa perlu diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh selepas baru habis pilihan raya umum. Ini langkah takbur yang hanya menyulit dan menyusahkan pengundi di sini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jentera pilihan raya Wanita BN akan menumpukan usaha berkempen dengan menerangkan perkara yang benar kepada pengundi.

Katanya, Wanita BN tidak akan berkempen menggunakan tipu helah atau menabur janji kosong kepada rakyat, sebaliknya menjayakan kempen secara berhemah tinggi.
_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
nuhie
Rakan baru


Joined: 25 Apr 2008
Posts: 6

PostPosted: Thu Aug 21, 2008 1:35 pm    Post subject: Reply with quote

Kt Permatang Pauh skang mmg panas gile la.p keja pg2 dh ramai org..balik kija ptg lagi ramai.bas2, van2 toksah dok kira.
perang poster mmg best aa..ceramah sana sini.mmg hidup la suasana sini.helikopter di mlm hari pn ada.nk kuar mlm2 pn jd takut sbb bnyk sgt mat2 motor dok bwk bendera parti2 yg bertanding.papepn kita tgu ja la 26 aribln ni.kpd yg akan mengundi,tunaikanlah tanggungjawab anda.Ingat Undi adalah rahsia.hehe
Back to top
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin


Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Wed Aug 27, 2008 8:35 am    Post subject: Keputusan Pilihanraya P44 Reply with quote

Anwar menang: PKR kekal di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali mewakili Parlimen Permatang Pauh selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, semalam.

Anwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi. Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat, pula hilang wang deposit selepas memperoleh hanya 92 undi.


Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080827000045/Article

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Politik All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1   

 
 Jump to:   
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Community Chest


Powered by phpBB
Hosted by FreeForums.org