Welcome
Welcome to <strong>Forum anakKEDAH.org</strong>.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, <a href="/profile.php?mode=register">join our community today</a>!

Mat berhenti sekolah sara 8 adik

Kat sini boleh dok sembang hal/aktiviti/berita Daerah Yan

Mat berhenti sekolah sara 8 adik

Postby jebbat on Fri Sep 26, 2008 9:39 am

26 September 2008
Mat berhenti sekolah sara 8 adik

Oleh ZAMZURINA AHMAD

MENUNGGU BAJU RAYA... Mohd. Norshahrul Amri Anuar, (berdiri ) yang juga dikenali sebagai Mat kini terpaksa menjadi ketua keluarga menyara lapan adiknya, (dari kiri) Mastuti Nursiti Atikah, Ima Edayu, Mohd. Adam, Mohd. Wafi, Mohd Ellyas, Mohd. Ellyasaq, Nur Amisha dan Ahmad Danial (tiada dalam gambar) yang tinggal di bangsal membuat nira nipah milik datuk saudara mereka di Titi Bakong, Yan, Kedah, semalam.

YAN 25 Sept. – Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang abang setiap kali tiba hari lebaran selain melihat adik-adiknya segak memakai pakaian baru.

Itulah yang dirasai oleh remaja berusia 14 tahun di Titi Bakong dekat sini yang sanggup berkorban meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk melengkapkan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat lapan adiknya.

Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan di sini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya dipenjarakan baru-baru ini.

“Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai anak sulung, saya berasa bertanggungjawab untuk menguruskan makan dan pakai adik-adik.

“Tak sanggup saya nak harapkan emak seorang diri menguruskan semua itu, tambahan pula adik-adik masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku kepada keluarga kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Titi Bakong di sini.

Ekoran kedaifan itu, dia yang mesra dengan panggilan Mat terpaksa meninggalkan sekolah sejak awal bulan ini untuk bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan harian RM10.

“Dengan pendapatan yang tidak seberapa, sedikit sebanyak ia dapat membantu emak menyediakan pakaian adik-adik tanpa hanya bergantung harap kepada ihsan jiran-jiran,” ujarnya.

Mohd. Norshahrul Amri, adik- adik dan ibunya hanya berteduh di sebuah bangsal membuat nira nipah milik datuk saudaranya.

“Walaupun bangsal ini tidak mempunyai sebarang kemudahan, ia sudah cukup membuatkan kami bersyukur kerana diberi tempat untuk berteduh,’’ ujarnya sayu sambil memandang ibunya, Norsidah Abu, 30.

Mohd. Norshahrul Amri juga terpaksa membantu ibunya menguruskan persekolahan empat adiknya iaitu Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7.

Empat lagi adiknya ialah Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.

Sementara itu, ibunya Norsidah berkata, jika diikutkan hati, dia tidak sanggup melihat Mohd. Norshahrul Amri berhenti sekolah untuk menyara mereka sekeluarga.

“Saya sering berkata kepadanya bahawa tempat dia adalah di sekolah dan bukannya di atas lori seperti sekarang.

“Tetapi dalam keadaan yang mendesak seperti ini, saya terpaksa membenarkan dia bekerja untuk mencari belanja makan dan minum kami terutama menjelang hari raya,” katanya.

-------------------------------------------------

Kepada yang berdekatan, tolong berikan alamat penuh mereka.
InsyaAllah, bantu sekadar yang mampu.
Image
User avatar
jebbat
Rakan baru
 
Posts: 18
Joined: Fri Jun 20, 2008 11:33 am

Postby drjoe_ngang on Sun Sep 28, 2008 12:52 am

Kpd yg tinggal berdekatan, sila la hulurkan bantuan sedaya mampu.

Dah dekat nak raya ni. Mudah2an sedikit sumbangan yg dihulurkan akan dpt menceriakan depa semua sekeluarga di pagi raya nanti.
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
User avatar
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 395
Joined: Tue Jan 22, 2008 2:09 am
Location: Negeri Kedah DarulAman

Postby drjoe_ngang on Sun Sep 28, 2008 1:03 am

Kesinambunga berita... dlm Utusan Malaysia:

Nasib Mat dan lapan adik terbela
--------------------------------------------------------------------------------
YAN 26 Sept. - Keperitan hidup remaja 14 tahun, Mohd. Norshahrul Amri Anuar, yang terpaksa berhenti sekolah demi menyara lapan adiknya mula mendapat perhatian ramai.

Sebaik sahaja kisah bekas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan itu disiarkan, pejabat Utusan Malaysia Alor Star tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada orang ramai yang bersimpati dan menyatakan kesanggupan mereka untuk membantu adik-beradik malang itu.

Antara yang segera tampil membantu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang terus menyumbang wang tunai, baju raya dan makanan kepada mereka.

Mohd. Norshahrul Amri yang juga mesra disapa dengan panggilan Mat berkata, air matanya menitis ketika melihat wajah ceria adiknya mencuba pakaian baru yang dihadiahkan oleh Dr. Ku Abdul Rahman.

''Adik-adik memang tak sabar menunggu 1 Syawal untuk pakai baju baru yang disumbangkan kepada mereka.

''Saya juga gembira apabila lihat ibu tersenyum setelah puas menangis sendirian mengenangkan nasib kami,'' katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Titi Bakong di sini hari ini.

Mat juga mengambil keputusan untuk menyambung semula pelajaran setelah yakin nasib keluarganya akan berubah dengan bantuan Ku Abdul Rahman.

''Datuk Ku Abdul Rahman menasihatkan saya supaya jangan jadi kelindan lori lagi kerana hanya dengan pelajaran sahaja nasib keluarga saya akan berubah.

Ibu Mat, Norsidah Abu, 30, mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia yang sudi menyiarkan kisah mereka sekeluarga di muka depan sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

''Terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu kami,'' katanya.

Dalam pada itu, Dr. Ku Abdul Rahman berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk mendapatkan rumah yang selesa bagi Norsidah dan keluarganya.

''Kami berusaha untuk memasukkan nama keluarga ini dalam senarai Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang melayakkan mereka menerima bantuan seadanya.

''Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi RM350 sebulan kepada mereka, namun tidak mencukupi,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Dewan Pemuda Masjid, Mohd. Taqiuddin Abdullah berkata, pihaknya akan memberikan bantuan RM300 sebulan kepada Mat bagi menggantikan pendapatan sebagai kelindan lori.

''Mat perlu berhenti bekerja sebagai kelindan lori dan meneruskan persekolahan sehingga tingkatan lima,'' katanya yang akan menyerahkan wang RM1,000 kepada keluarga itu di pejabat Utusan Malaysia di sini esok.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada Mat dan keluarganya boleh menyalurkan terus ke akaun Norsidah Abu di Bank Simpanan Nasional (BSN) 02125-29-00008493-9 atau menghubungi talian 019-5634768.
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
User avatar
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 395
Joined: Tue Jan 22, 2008 2:09 am
Location: Negeri Kedah DarulAman


Return to Yan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests