Welcome
Welcome to <strong>Forum anakKEDAH.org</strong>.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, <a href="/profile.php?mode=register">join our community today</a>!

Karnival Silaturrahim dan Ekspo Perdagangan (Karsep) 2008

Kat sini boleh dok sembang hal/aktiviti/berita Daerah Pendang

Karnival Silaturrahim dan Ekspo Perdagangan (Karsep) 2008

Postby drjoe_ngang on Tue Nov 18, 2008 7:55 am

Karsep 2008 pemangkin pasaran luar

ALOR STAR 16 Nov. - Karnival Silaturrahim dan Ekspo Perdagangan (Karsep) 2008 yang akan berlangsung di Pendang, dekat sini bulan depan bakal menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan khususnya pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menerokai pasaran luar termasuk di luar negara.

Pengerusi Karsep 2008, Mohd. Shakri Abdul Razak berkata, penyertaan syarikat-syarikat terkemuka dalam ekspo berkenaan membuka lebih banyak peluang kerjasama di kalangan usahawan tempatan yang turut mengambil bahagian.

''Menerusi karnival ini, usahawan boleh menjalin kerjasama sesama mereka di samping meninjau potensi peluang yang ditawarkan oleh syarikat ternama untuk menjadi sama ada pembekal atau rakan kongsi," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, Karsep 2008 yang akan berlangsung di Stadium Mini Pendang dari 18 hingga 20 Disember, mendapat sambutan cukup menggalakkan.

''Sebenarnya, kesemua 75 gerai yang disediakan untuk pameran telah ditempah tetapi pihak urusetia sedang berusaha menambah ruang-ruang bagi menampung permintaan luar biasa di kalangan usahawan," tambahnya.

Mohd. Shakri memberitahu, karnival itu mempunyai kelainan dibandingkan dengan pameran-pameran yang diadakan di negara ini.

''Selain melibatkan usahawan, ia juga akan mengetengahkan artis-artis tertentu untuk mengadakan persembahan yang bersesuaian seperti penyanyi-penyanyi kumpulan nasyid terkemuka.

''Antaranya Rabbani dan In-Team manakala Nazreey yang merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid Raihan merupakan duta Karsep 2008," kata beliau.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =dn_03.htm
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
User avatar
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 395
Joined: Tue Jan 22, 2008 2:09 am
Location: Negeri Kedah DarulAman

Return to Pendang

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron