Welcome
Welcome to <strong>Forum anakKEDAH.org</strong>.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, <a href="/profile.php?mode=register">join our community today</a>!

Kenali SIK

Kat sini boleh dok sembang hal/aktiviti/berita Daerah Sik

Kenali SIK

Postby Pu3AdiWaRnA on Wed May 14, 2008 9:45 am


:arrow: Daerah Sik terletak di bahagian timur negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan Agro-Pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:

Hutan Lipur Lata Lembu
Hutan Lipur Lata Mengkuang
Hutan Rekreasi Sik
Hutan Rekreasi Lata Mengkuang
M.U.D.A. Resort -agro perlancongan
Bendang Man -agro perlancongan

:arrow: Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darulaman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.
TINTA DICORET KIAS DIMADAH
Image
User avatar
Pu3AdiWaRnA
anakKEDAH yang rajin
 
Posts: 172
Joined: Mon Apr 21, 2008 3:20 pm
Location: Kulim > KL > Shah Alam > Penang

Postby THANON on Wed Jun 04, 2008 10:12 pm

Oh itu rupanya asal-usul nama sik kat sini....

Tak tau pula tentang sejarah nama itu....
User avatar
THANON
anakKEDAH yang rajin
 
Posts: 100
Joined: Sat Feb 09, 2008 11:36 pm
Location: Universiti Utara Malaysia

Postby WARIS on Thu Apr 23, 2009 2:00 pm

Sik ni belakang rumah saya...
Naik gun ikut bukit sebelah...lalu ladang pokok getah RISDA
Kot kawsan bendang man tu ada pusat peranginan
WARIS
Rakan baru
 
Posts: 15
Joined: Wed Mar 11, 2009 4:10 pm

Re: Kenali SIK

Postby mamamia80 on Thu Nov 19, 2009 4:02 am

Dulu mama dok dengaq nama sik nih pun dalam list waktu2 berbuka puasa la aja... tak penah p pun... tapi lepas je mama kawin dengan hubby baru la merasa sampai ke sik tu... tu pun sebab kakak ipar mama dok sana... dulu jalan nak p sana punya la teruk... rasa macam jauh sangat2 nak p sana... kematu pungkoq mama dok ataih moto lama2... la ni dah ok dah la... jalan baru.. leh la pecut abis... sedaq2 dah pun sampai....
mamamia80
Rakan baru
 
Posts: 4
Joined: Mon Oct 12, 2009 5:28 pm
Location: Langkawi


Return to Sik

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron