Welcome
Welcome to <strong>Forum anakKEDAH.org</strong>.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, <a href="/profile.php?mode=register">join our community today</a>!

masalah sosial

Kat sini adalah ruang khas untuk semua ahli anakKEDAH membuat sessi mengundi (Poll). [ dijamin bahawa proses mengundi kat sini adalah telus :-) ]

faktor masalah sosial

Poll ended at Wed Oct 14, 2009 4:32 pm

remaja
0
No votes
masyarakat
0
No votes
kawan
0
No votes
keluarha
2
100%
 
Total votes : 2

masalah sosial

Postby THANON on Mon Sep 14, 2009 4:32 pm

masalah sosial di kalangan remaja siapa harus dipersalahkan

: Keluarga
: Remaja
: Masyarakat
: Kawan
User avatar
THANON
anakKEDAH yang rajin
 
Posts: 100
Joined: Sat Feb 09, 2008 11:36 pm
Location: Universiti Utara Malaysia

Re: masalah sosial

Postby drjoe_ngang on Tue Sep 29, 2009 1:01 pm

drjoe rasa pelbagai faktor yg menyumbang kpd berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Kalau nak cari siapa yg salah, drjoe rasa semua pihak patut dipersalahkan sbb masing2 gagal memainkan peranan utk membendung drpd berlakunya masalah ni.

Sbg tambahan, pihak berkuasa/pemimpin masyarakat jugak harus mengambil sikap bertanggungjawab dlm hal membentuk jati diri dan keperibadian remaja masa kini.

Apa2 pun... jika diteliti dgn lbh mendalam, tanggungjawab sebenar adalah pada ibu bapa remaja itu sendiri di mana mereka harus mendidik dan mengawal tingkah laku anak2 mereka agar menjadi manusia yg baik akhlaknya. Dlm masa yg sama, pihak2 lain di sekeliling remaja tersebut juga harus memainkan peranan masing2 agar tidak timbul masalah sosial di kalangan remaja.
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
User avatar
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 395
Joined: Tue Jan 22, 2008 2:09 am
Location: Negeri Kedah DarulAman

Re: masalah sosial

Postby THANON on Fri Oct 02, 2009 10:08 am

bagi saya, faktor utama adalah disebabkan oleh faktor keluarga. Sekiranya kita ingin menyalahkan faktor kawan iaitu pengaruh rakan sebaya sekalipun, adakah pernah kita terfikir apakah faktor utama yang menyebabkan seseorang remaja terpengaruh dengan rakan sebaya.

Bagi saya, untuk menangani masalah ini, kita harus mulakan daripada keluarga dan dimulakan dari peringkat asas iaitu peranan ibu-bapa itu sendiri. Hal ini kerana ibu bapalah yang merupakan pengaruh utama dalam pembinaan sahsiah anak-anak mereka. Selain itu, mereka juga adalah pihak pertama yang dikenali oleh remaja tersebut iaitu selepas dilahirkan hinggalah meningkat usia remaja. Selain itu, harus disedari bahawa pendidikan awal seseorang insan adalah bermula dari institusi kekeluargaan bukan bermula dari alam persekolahan seperti yang difikirkan oleh sebilangan dari kita.

Namun begitu, beberapa kerap kita memberikan perhatian kepada faktor institusi kekeluargaan untuk mencegah sesuatu masalah seperti masalah sosial dan juga perpaduan berbanding dengan kita menyalahkan faktor yang lain seperti faktor persekitaran remaja itu sendiri.

dapatlah disimpulkan bahawa institusi kekeluargaan adalah faktor utama yang harus diberi perhatian sebelum mengambil langkah penyelesaian yang sebenar dalam mencegah masalah ini dan harus diingat bahawa faktor ini yang mencetuskan faktor yang lain.
User avatar
THANON
anakKEDAH yang rajin
 
Posts: 100
Joined: Sat Feb 09, 2008 11:36 pm
Location: Universiti Utara Malaysia


Return to Mengundi @ anakKEDAH.org

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests