You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!
Joined: 21 Apr 2008 Posts: 172 Location: Kulim > KL > Shah Alam > Penang
Posted: Wed May 14, 2008 9:40 am Post subject: Kenali Padang Terap...
Daerah Padang Terap merupakan daerah ketiga terbesar dalam Negeri Kedah dengan keluasan 1,357 km persegi. Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.
Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang.
Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Pulau Pinang yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Komoditi utama Padang Terap adalah gula. Di sini terdapat ladang tebu yang luas.
Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din dan Chalet Dusun.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum