Forum anakKEDAH.org Forum Index  
 Home  •  FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Calendar   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
Welcome
Welcome to Forum anakKEDAH.org.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!

Kenali Daerah Yan

 
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Yan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Pu3AdiWaRnA
anakKEDAH yang rajin


Joined: 21 Apr 2008
Posts: 172
Location: Kulim > KL > Shah Alam > Penang

PostPosted: Wed May 14, 2008 9:42 am    Post subject: Kenali Daerah Yan Reply with quote


Yan merupakan salah satu daerah di negeri Kedah yang terletaknya kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani. Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan reakreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

Hutan Lipur Gurun Kuari
Hutan Lipur Perigi
Hutan Lipur Sungai Teroi
Hutan Lipur Sungai Kunyit
Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
Hutan Reakreasi Sri Perigi
Hutan Rekreasi Batu Hampar
Teroi Dee Tok Chen Lubuk Kawah

Oleh yang demikian, daerah Yan merupakan satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan beriadah bersama keluarga. Ini adalah kerana daerah ini mempunyai kawasan alam semulajadi yang indah, iaitu kawasan laut (pantai) yang indah, kawasan air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu yang belum pernah diubah

_________________
TINTA DICORET KIAS DIMADAH
Back to top
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Yan All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1   

 
 Jump to:   
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Community Chest


Powered by phpBB
Hosted by FreeForums.org