Forum anakKEDAH.org Forum Index  
 Home  •  FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Calendar   •  Register  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in
Welcome
Welcome to Forum anakKEDAH.org.

You are currently viewing our boards as a guest, which gives you limited access to view most discussions and access our other features. By joining our free community, you will have access to post topics, communicate privately with other members (PM), respond to polls, upload content, and access many other special features. Registration is fast, simple, and absolutely free, so please, join our community today!

[Tazkirah] Wudhuk zahir dan batin

 
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Ad-Din
View previous topic :: View next topic  
Author Message
drjoe_ngang
Site Admin
Site Admin


Joined: 22 Jan 2008
Posts: 361
Location: Negeri Kedah DarulAman

PostPosted: Sat Jun 14, 2008 2:32 am    Post subject: [Tazkirah] Wudhuk zahir dan batin Reply with quote

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAZKIRAH: Wudhuk zahir dan batin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
"

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat."

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
"

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad
Bagaimana pula dgn ibadah kita tiap hari???


Sumber:
Email drpd sahabat.

_________________
drjoe_ngang
Site Admin anakKEDAH.org
Back to top
ahmadsaman
Rakan baru


Joined: 22 Jun 2008
Posts: 22
Location: Sepang

PostPosted: Sat Jun 28, 2008 10:39 pm    Post subject: Reply with quote

Demikianlah perilaku para salaf saleh. mereka sentiasa menuruti jalan para sahabat, jalan Rasulullah SAW. Adapun kita pada hari ini, maaf kata, pergi solat di masjid pada hari Jumaat pun tidak persiapkan diri dengan seeloknya sebagaimana mulianya hari tersebut. Bukannya payah sangat, mandi elok-elok, pakai jubah putih, serban putih atau kopiah putih. Sapu minyak atar sikit atau minyak gaharu ka. Kerana yang nak kita mengadap ialah Allah. Dan yang menanti kita diperkarangan masjid mendoakan dan mengaminkan doa kita dan untuk kita ialah para malaikat dan malaikat ni suka wangi wangian. Ini la sunnah Rasullulah yang paling mudah kita ikut.

Ini tebalik. Kalau nak pi jumpa marka bukan main lagi. Dah la perjumpaan tu pulak perbuatan mungkar. Banyak perkara yang umat buat lani dah tebalik yang menyebabkan Allah murka dan menurunkan bala. Tidak ada jalan lain melainkan kita kena kembali kepada sunnah Allah dan RasulNya agar kita diberkati dunia dan akhirat. Kembali kepada sunnah bukan lah bermakna kita pi lempag 520i lalu cari unta buat kenderaan. Kan ke Islam itu agama yang sesuai sepanjang zaman sehingga datangnya kiamat. Kita kena sesuaikan zaman dengan Islam , jangan pulak sesuaikan Islam dengan zaman. Ertinya zaman kena ikut Islam bukan Islam ikut zaman.
Back to top
ahmadsaman
Rakan baru


Joined: 22 Jun 2008
Posts: 22
Location: Sepang

PostPosted: Sat Jun 28, 2008 10:42 pm    Post subject: Reply with quote

Demikianlah perilaku para salaf saleh. mereka sentiasa menuruti jalan para sahabat, jalan Rasulullah SAW. Adapun kita pada hari ini, maaf kata, pergi solat di masjid pada hari Jumaat pun tidak persiapkan diri dengan seeloknya sebagaimana mulianya hari tersebut. Bukannya payah sangat, mandi elok-elok, pakai jubah putih, serban putih atau kopiah putih. Sapu minyak atar sikit atau minyak gaharu ka. Kerana yang nak kita mengadap ialah Allah. Dan yang menanti kita diperkarangan masjid mendoakan dan mengaminkan doa kita dan untuk kita ialah para malaikat dan malaikat ni suka wangi wangian. Ini la sunnah Rasullulah yang paling mudah kita ikut.

Ini tebalik. Kalau nak pi jumpa marka bukan main lagi. Dah la perjumpaan tu pulak perbuatan mungkar. Banyak perkara yang umat buat lani dah tebalik yang menyebabkan Allah murka dan menurunkan bala. Tidak ada jalan lain melainkan kita kena kembali kepada sunnah Allah dan RasulNya agar kita diberkati dunia dan akhirat. Kembali kepada sunnah bukan lah bermakna kita pi lempag 520i lalu cari unta buat kenderaan. Kan ke Islam itu agama yang sesuai sepanjang zaman sehingga datangnya kiamat. Kita kena sesuaikan zaman dengan Islam , jangan pulak sesuaikan Islam dengan zaman. Ertinya zaman kena ikut Islam bukan Islam ikut zaman.
Back to top
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum anakKEDAH.org Forum Index -> Ad-Din All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1   

 
 Jump to:   
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum

Community Chest


Powered by phpBB
Hosted by FreeForums.org